Khamis, 18 Oktober 2012

Latarbelakang serta Aktiviti Persatuan

Tarikh Kemaskini :
25 Mei 2015


ANDA BOLEH DIDAKWA DIBAWAH AKTA 114A SEKIRANYA MENULIS KOMEN
 YANG MELANGGAR 
UNDANG-UNDANG NEGARA


Penyamar Sebagai Ahli Persatuan Mendaki & Kegiatan Luar Kota Kinabalu, Sabah.



Beberapa orang individu telah didapati menyamar sebagai ahli Persatuan Mendaki & Kegiatan Luar Kota Kinabalu, Sabah. Memandangkan perkara ini adalah serius dan menyalahi undang-undang, Pengerusi telah membuat aduan di Jabatan Pendaftar Pertubuhan.Setelah disiasat oleh Pegawai Jabatan Pendaftar Pertubuhan didapati memang terdapat individu yang menyamar dan merupakan kakitangan Universiti Malaysia Sabah serta pembabitan seorang Kakitangan Jabatan Belia & Sukan (P) Negeri Sabah . Pegawai Jabatan Pendaftar sendiri telah bertemu dengan kedua-dua individu ini. Oleh yang demikian Pihak Persatuan Telahpun membuat laporan Polis berkaitan hal ini. Rupanya, penyamar ini telah lama menyamar dan bersekongkol dengan pegawai agensi berkaitan untuk mengadakan aktiviti bersama. Gambar di bawah adalah bukti perbuatan mereka yang menyalahi undang-undang negara Malaysia.

Laporan Polis

Blogspot menceritakan kegitan penyamar menjalankan aktiviti bersama Jabatan Belia & Sukan (P) Negeri Sabah

Laman WEb Rasmi Jabatan Belia & Sukan (P) Negeri Sabah dimana ujudnya penyamar. Tiada sesiapapun ahli berdaftar Persatuan Mendaki & Kegiatan Luar Kota Kinabalu , Sabah yang terlibat dengan aktiviti di atas.


Banner Jabatan Belia & Sukan (P) Negeri Sabah yang menangjurkan aktiviti bersama penyamar 

Nota Aktiviti yang dicetak kononnya Pihak Persatuan Mendaki & Kegiatan Luar Kota Kinabalu, Sabah berkerjasama dalam aktiviti tersebut.


Ahli Jawatankuasa 2014


 Pengerusi
En. D. H. Mil Rahman Biok ( Pa ' Man )
 Timbalan Pengerusi
En. Saifullah Phang Bin Abdul Malik
Setiausaha
Puan Norhayati Enalailah Binti Abdullah Tan
Penolong Setiausaha
Puan Josephine Liza Wong
 Bendahari
 En. Rashid Bin Laship
Penolong Bendahari
En. Hamimi Abdul Rani
Pegawai Undang-Undang
En. Ezral Ansari
Pegawai Tugas Khas
En. Jason Wong Yick Nam
Pegawai Pasukan Paintball
En. Mohd. Junaidi Mohd Tahir
Pegawai Pembangunan Aktiviti Orienteering 
En. Pornomo Bin Sutekno
Pegawai Pembangunan Aktiviti Mendaki
En. D.H. Mil Sofie Biok
Pegawai Pembangunan Aktiviti Kembara
En. D.H. Mil Rakin Biok
Pegawai Pengurusan Pentadbiran Aktiviti
 En. D.H. Mil Johan Biok
Pegawai Hal Ehwal Wanita
Puan D.H. Mil Idami Biok
Pegawai Aktiviti Rekreasi Luar
En. Herman Bin Gasayun
Pegawai Aktiviti Sukaneka
En. Ashraf  Ali Akbar
Pegawai Aktiviti Survivol
En. Awangku Mat Raya
Pegawai Peralatan
En. Asrul Tan
Pegawai Keselamatan
En. Mohd Sharin Bin Tajuddin
Pegawai Promosi & Perubatan
Puan Janet R. Jiwin


Pengerusi di Istana Negeri Sabah
Menerima Anugerah Lencana Pengakap Raja
daripada Al-Marhum TYT Tun Said Keruak
pada tahun 1988.Sijil Penerima Anugerah hanya layak
ditandatangani oleh 12 individu iaitu
Seluruh Sultan serta Raja-Raja Melayu 
menurunkan tandatangan


Latarbelakang Ringkas Persatuan Mendaki & Kegiatan Luar Kota Kinabalu, Sabah.

1. Tarikh ditubuhkan : 25 Jun 2000
2. Tarikh disahkan Penubuhan : 31 Mei 2001
3. Nombor Rujukkan : PPM/SB.  1555/00 (2)
                                   PPM/SB    105/00
4. Didaftarkan di : Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Sabah.
5. Bentuk Pertubuhan : Rekreasi Sosial
6. Jenis Aktiviti :
    a. Aktiviti Mendaki serta Rekreasi Luar.
    b. Pembangunan Aktiviti Mendaki & Aktiviti Rekreasi Luar.
7. Khidmat Nasihat Undang-Undang : Firma Guaman Ansari & Co.

Memandangkan Persatuan Mendaki & Kegiatan Luar Kota Kinabalu, Sabah adalah persatuan yang dikategorikan sebagai Persatuan Rekreasi Sosial,  maka semua aktiviti persatuan tidak pernah mendapat sebarang bantuan kewangan dari Pihak agensi Kerajaan.Tanpa mengharapkan dan memohon bantuan dari  mana-mana  Pihak, maka ahli  Persatuan Mendaki & Kegiatan Luar Kota Kinabalu, Sabah telah menjalankan aktivitinya bagi mengumpul dana serta membeli peralatan  yang bekaitan.


Pengenalan
Persatuan Mendaki & Kegiatan Luar Kota Kinabalu, Sabah merupakan sebuah persatuan Mendaki Tertua di Negeri Sabah serta merupakan sebuah persatuan yang terakhir sekali ditubuhkan oleh Al-Marhum Nur Ramlee Sulaiman yang juga bekas ketua Ekspidisi Mendaki Gunung Everest pada tahun 1997.Ianya ditubuhkan sebelum berlansungnya karnival Rakan Muda sektor  IPT Zon Malaysia Timur.Para peserta dan ahli penaja penubuhan persatuan Mendaki juga merupakan peserta yang pertama sekali mempelajari Sukan Mendaki Tembok ( Wall Sport Climbing ) serta diikitraf sebagai Penggerak Gred 3 oleh Persekutuan Mendaki Malaysia mengikut sukatan silibus UIAA ( Union International Alpine Assosiation ).

Sejarah Penubuhan Persatuan Mendaki & Kegiatan Luar Kota Kinabalu, Sabah.

Bekas Presiden Persekutuan Mendaki Malaysia iaitu Al-Marhum Nur Ramlee Sulaiman adalah merupakan orang yang bertangungjawab serta mempengerusikan mesyuarat penubuhkan Persatuan Mendaki & Kegiatan Luar Kota Kinabalu, Sabah.Al-Marhum ketika itu telah membuat suatu mesyuarat pada 25hb Jun 2000 bertempat di bilik mesyuarat Tingkat 5, Blok E, Bangunan KWSP, Kota Kinabalu.Mesyuarat penubuhan tersebut yang dijalankan pada jam 3.35 petang dan  telah dihadiri oleh seramai 9 orang ahli jawatankuasa Penaja iaitu :
1. En. Burhan Bin Ibrahim sebagai Pengerusi
2. En. Mohd Ali Bin Shiraldin sebagai Timbalan Pengerusi
3. En. D.H. Mil Rahman Biok sebagai Setiausaha
4. Cik Rosneh Hassan sebagai Penolong Setiausaha
5. En. Henry Rawi Sebagai Bendahari
6. En. Musaidi Mustafa sebagai Penolong Bendahari
7. En.  Azmi Atoh sebagai AJK biasa
8. En. Jaikol Jhonny  sebagai AJK biasa
9. En. Afendi Bin Abu Bakar  sebagai AJK biasa
Manakala ahli mesyuarat yang hadir sebagai pemantau perjalanan mesyuarat adalah: 
1. Al-Marhum Nur Ramlee Sulaiman dari Persekutuan Mendaki Malaysia
2. En. Jius Gokin dari agensi sektor awam.

Gambar Kenangan antara AJK Penaja Persatuan Mendaki & Kegiatan Luar  Kota Kinabalu , Sabah.
Gambar ini diambil selepas para ahli persatuan menyertai Kursus
Penggerak Gred 3 Mendaki oleh Persekutuan Mendaki Malaysia
En. Shahrezza Suleiman ( duduk ditengah) merupakan  Pemegang GRED 1 iaitu
Gred Tertinggi dalam aktiviti mendaki yang dikitiraf oleh Pertubuhan Antarabangsa Alpina Sedunia
( Union International Alpine Associations )

Sijil Pengiktirafan Pengerusi
Sebagai Penggerak Aktiviti "Rock Climbing"
Samada Natural Rock Climbing  atau Sport Climbing
Ditandatangani oleh 2 individu pemilik Gred 1 yang diikitiraf oleh
Pertubuhan Gabungan Antarabangsa Alpina
( Union International Alpine Associations )
Pada tahun 2000, hanya terdapat 3 atau 4  individu yang memiliki kelayakkan 
seperti ini di Malaysia antaranya
Al-Marhum Nur Ramlle Sulaiman
Shahreeza Suleiman
Ho Kim Fah
Yap Boh Heon
( Rujukkan Silibus yang dikeluarkan oleh PMM pada tahun 2000)

    



Sijil Penyertaan Pengerusi
menyertai Kursus anjuran
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan  Malaysia 






Lesen Pengiktirafan Ahli Persatuan dalam
Aktiviti High Rope yang dikeluarkan oleh
Persekutuan Mendaki Malaysia & SEACF



Lesen Pengiktirafan Ahli Persatuan dalam
Aktiviti Sukan Mendaki yang dikeluarkan oleh
Persekutuan Mendaki Malaysia & SEACF
Lencana Pemimpin Rekreasi Luar
Hanya Layak diterima & dipakai oleh
Pemimpin Rekreasi Luar Terlatih
yang diiktiraf oleh
Kerajaan Malaysia

Penghargaan Dari IPT


Manafaat menyertai tunjuk ajar Pengerusi
Kini Penama telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi
Persatuan Mendaki & Kegiatan Luar Kota Kinabalu, Sabah.
Pada Disember 2003 penama di atas adalah peserta
Kursus Penggerak Rekreasi Luar Tahap 3
Ilmu pengetahuan tersebut menjadi berguna dan penama
telah memilki Syarikat Sendiri dalam usia yang terlalu muda.

TARIKH-TARIKH  PENTING 
PERSATUAN MENDAKI & KEGIATAN LUAR KOTA KINABALU SABAH.

25 Jun 2000  
Mesyuarat Penubuhan Persatuan Mendaki & Kegiatan Luar Kota Kinabalu, Sabah.
31 Mei 2001
 Sijil Pendaftaran persatuan disahkan oleh  Pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.
27 Sept 2001
Menerima Sijil Pendaftaran dari Pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.
11 Ogos 2001  
 Mesyuarat Tahunan Pertama di Bilik Mesyuarat Kompleks Karamunsing.
27 Mei 2002
 Mesyuarat Tahunan Kedua di Rumah Pengerusi 
     2003
Bermulanya niat jahat sekumpulan individu yang merosakkan nama baik Pengerusi dengan menabur fitnah.Kumpulan tersebut menguar-uarkan bahawa mereka adalah "AJK baru" yang diiktiraf  oleh Pegawai Agensi Kerajaan. Pengerusi meneruskan program pembangunan rekreasi luar dengan memperkenalkan Program Rakan Muda iaitu  Gaya Hidup Rakan Rekreasi melalui Kelab  Belia Rekreasi Likas.     
13 Ogos 2004
Pengerusi Mengasaskan Program Remaja Cergas dan membangunkan aktiviti Rekreasi Luar kepada golongan Remaja. dan Ianya telah disiarkan oleh akhbar The New Sabah Times.Program Remaja Cergas mendapat sambutan yang di luarjangka.Ianya telah mendapat sambutan dari Pihak IPT iaitu Politeknik serta Cosmopoint.Program ini dilaksanakan oleh Syarikat Tenaga Putra,Al-Mukmin & Al-Malik Enterprise, Kelab Belia Wawasan Likas , Kumpulan Pengakap Kelana E daerah Penampang serta Kelab Kembara Beaufort.Peralatan rekreasi Luar dibeli dan ianya bermulalah  Program Remaja Cergas.Pada tahun 2012, Peserta telah menjangkau 1021 orang.
Mac 2005
Tapak Survivol Camp dibangunkan bersama dengan AJK Tertinggi iaitu En. Rahman,En. Rashid,Puan Josephine,En. Mat Raya, Ketua Kampung Binunuk, JKKK Kampung Binunuk serta seramai 12 orang belia dari kampung Tebobon  dan Kg. Binunuk.Dengan adanya Survivol Camp ini maka aktiviti luar Daerah Kota Kinbalu dibuat yang  bertempat di Kg. Tebobon Beaufort.Ianya amat sesuai untuk aktiviti Rekreasi Luar seperti Rock Climbing,Flying Fox,Survivol,River Crossing,Travasing,Orienteering , abselling dan  kembara.Aktiviti Rekreasi Luar melalui Program Remaja Cergas diteruskan setiap bulan sepanjang tahun.                          
27 Mei 2006  
Program Remaja Cergas buat pertama kalinya mengadakan perkhemahan yang besar  di kampung Tombongon, Menggatal .
November 2006
Kursus Penggerak Rekreasi Luar Tahap 3 dilaksanakan selama 8 hari di Kg. Binunuk dan Kg. Tebobon, Beaufort.Ianya juga tapak Survivol yang agak mencabar .
13 Jun 2007 
Pihak Jabatan pendaftaran Pertubuhan telah memanggil Pengerusi berkenaan status persatuan.Pengerusi menerangkan bahawa ada pegawai dari sebuah agensi kerajaan yang tidak mengiktiraf beliau sebagai Pengerusi.Pihak Jabatan Pendaftaran menafikan "Pengerusi Palsu"  adalah orang yang sebenar  pada masa itu.Pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Mengiktiraf bahawa  En. D.H. Mil Rahman Biok adalah Pengerusi yang Sah mengikut rekod Pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.Pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan juga memaklumkan bahawa Status Persatuan Mendaki & Kegiatan Luar Kota Kinabalu Sabah adalah di bawah Jabatan Pendaftaran  Pertubuhan dan agensi yang lain tidak mempunyai kuasa untuk menafikan dan memohon Pihak ahli  Persatuan menyelamatkan keadaan bagi menghindarkan persatuan dibatalkan penubuhannya.                         
25 Jun 2007
Pengerusi membuat Notis panggilan Mesyuarat Agung Khas kepada semua ahli yang  berdaftar serta membuat yuran ahli sejak tahun 2002.
1 Julai 2007
Pengerusi telah mengadakan mesyuarat dengan para ahli bagi menyelamatkan Persatuan Mendaki & Kegiatan Luar  Kota Kinabalu, Sabah daripada  dibatalkan.Pihak persatuan telah berjaya menghantar laporan Mesyuarat Agung Tahunan seperti yang diminta oleh Pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan. 
7 Januari 2008
Pengerusi Persatuan Mendaki & Kegiatan Luar Kota Kinabalu, Sabah dipanggil semula bagi kesilapan tertentu.Pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan juga telah membuat tembual dengan Pengerusi berkenaan keahlian.Pengerusi menerangkan bahawa keahlian baru pernah cuba dibuat namun ianya telah ditegah oleh pegawai sebuah agensi kerajaan .Namun begitu , selepas mendapat penjelasan tentang keahlian akhirnya Persatuan Mendaki & Kegiatan Luar Sabah dapat diselamatkan.Aktiviti Program Remaja Cergas diteruskan serta masih mendapat sambutan yang amat baik.

14 Ogos 2008
Pengerusi Persatuan Mendaki & Kegiatan Luar Kota Kinabalu, Sabah telah dijemput bagi menghadiri Kursus Pengurusan Pertubuhan Bagi Pertubuhan Berdaftar Negeri Sabah Bil 1/2008.Melalui Kursus tersebut maka penambahbaikkan pentadbiran telah dijalankan.
                    
Januari 2009
Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan diadakan.Program Remaja Cergas diteruskan.

10 Jan. 2010
Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan diadakan . Program Remaja Cergas diteruskan.
16 Jan. 2011 
Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan diadakan. Program Remaja Cergas diteruskan.
29 Jan. 2012
Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan diadakan. Program Remaja Cergas diteruskan. Kesepakatan dengan En. Mili seorang Penduduk  Kg. Pangie , Tenom dicapai bagi aktiviti Mendayung Arus Deras ( White Water Rafting ).

Jenis Aktiviti Yang Ditawarkan Oleh 
Pihak Persatuan Mendaki & Kegiatan Luar, Kota Kinabalu, Sabah.

1. Klinik Asas "Rock Climbing"
2. Klinik Asas Sukan Orienteering
3. Kem Asas Survivol
4. Penggerak Rekreasi Luar Tahap 1
5. Penggerak Rekreasi Luar Tahap 2
6. Penggerak Rekreasi Luar Tahap 3
7. Kembara atau Ekspidisi
8. Summer Camp Remaja Cergas
9. Perkhemahan Remaja Cergas
10. White Water Rafting ( Sungai Padas )
11. Klinik Asas Ikatan dan simpulan Rekreasi Luar
13. Mini Extreme Race Game
14. Program Pembangunan Kepengakapan
15. Remaja Cergas Cinta Alam
16. Outdoor Pursuit Event Mangement
17. Pengetahuan Asas Rawatan Kecederaan
18. Perkhemahan Pembangunan Motivasi Remaja Cergas
19. Aktiviti Lawatan Sambil Belajar
20. Aktiviti Kemasyarakatan Remaja Cergas
21. Promosikan Penyertaan UIAA Global Youth Summit
22. Gunung Angkat Program Remaja Cergas
23. Kursus Asas Rekreasi Luar
24. Kursus  Asas Kepimpinan Berpersatuan & Pentadbiran Persatuan
25. Klinik Sumbangan Aktiviti Rekreasi Luar Manjana Inovasi.



Gambar Kenangan dan Aktiviti 
Persatuan Mendaki & Kegiatan Luar Kota Kinabalu, Sabah.



Pengerusi bergambar bersama Menteri Belia & Sukan Malaysia
pada tahun tersebut Datuk Hisammudin Tun Hussien ,
kejohanan Sukan Mendaki di Pulau Pinang.

Bersama Menteri Belia & Sukan Malaysia pada Tahun 2008
sempena Program Bersama Pertubuhan Belia & Sukan

Bersama Timbalan Menteri Kesihatan sempena
Hari Belia 2010


Tahun 2001
Pasukan Sukan Mendaki Pertama Negeri Sabah
Atlet lelaki Pasukan kali ke 2
Menyertai Kejohanan Piala Menteri Belia & Sukan Malaysia
di Kuala Lumpur tahun 2002.
Pengerusi Persatuan Menyertai
Kursus Pemimpin Rekreasi Luar Tahap 3 Kebangsaan
pada Jun 2002 di Tapak Pendididikan Rekreasi Luar,
Lion Hill , Tawau.
Gambar Pengerusi
Menawan Gunung Kinabalu pada tahun 2000

Tapak Kem Survivol
Pusat latihan serta Pembangunan yang dibangunkan
pada tahun Mac 2005 bersama Kelab Kembara Beaufort.
Aktiviti Pertama Anjuran Persatuan Mendaki  Pada Tahun 2000


Menyertai Kursus Pemimpin Rekreasi Luar Tahap 1 di
Pulau Tiga, Kuala Penyu.
Pengerusi,Bendahari,Bekas Setiausaha dan AJK.
Baju Merah ( EN. Ghani ) Sahabat Karib semasa Kursus


Keratan Akhbar Program Rakan Muda yang pernah
dilaksanakan oleh Pengerusi Pada tahun 2003

Pengerusi Bersama
Peserta Program Rakan Muda pada tahun 2003




 Penubuhan Pasukan Sukarelawan Rakan Muda

Pasukan Pertama yang ditubuhkan oleh Pa'Man pada 2003
Dikenali sebagai Kumpulan Hijau.atau Rakan Muda Wisma Kosan Likas
Ada ahli Kumpulan ini masih lagi aktif dengan Program Anjuran
Pa' Man dan menjadi Eksekutif Program Remaja Cergas
Kumpulan Paling Berdisiplin dan tidak terbabit mensabotaj
Pengerusi pelajar dari Sekolah S.M. All Saint's. 

Pasukan Kedua yang ditubuhkan oleh Pa'Man pada 2004
Dikenali sebagai Kumpulan Biru atau Rakan Muda Kompleks Karamunsing
Salah seorang masih lagi melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan
oleh Pa'Man.Manakala didapati lebih kurang 11 orang terlibat
dalam mensabotaj Pa ' Man .

Program Rakan Muda Musim Cuit Sekolah pada tahun 2003



Salah satu kumpulan yang menyertai
Program Kembara Singkat Rakan Muda
anjuran Pengerusi pada tahun 2003
Kembara Awal Pagi
Pengerusi Menjalankan Klinik Asas Rekreasi Luar
yang disertai perserta Program Rakam Muda pada
tahun 2003 di Kg. Kokol, Menggatal.

Peserta Kembara pada tahun 2003
anjuran Pengerusi

Antara Para Peserta yang menyertai
aktiviti Pengerusi
AJK yang membantu semasa kembara

SUMMER CAMP SINGKAT RAKAN MUDA
Ianya merupakan suatu Program Rakan Muda Terakhir
yang dianjurkan oleh Pengerusi 



Seramai 115 orang Peserta Menyertai Program ini.
  
Keratan Akhbar berkenaan
Program Remaja Cergas yang diasaskan oleh
Pengerusi pada tahun 2004



Bermulanya Program Remaja Cergas pada tahun 2004
Gambar peserta dari Kota Kinabalu, Kuala lumpur Dan Beaufort pada  Mac Tahun  2005


Tapak Perkhemahan Survivol Camp Di Beaufort


Aktiviti Flying Fox


FLYING FOX TOP SPEED

Abseling


Peserta Program Remaja Cergas
Mandi di Air Terjun

Program Remaja Cergas
Memupuk semangat Kerjasama semasa aktiviti
Program Remaja Cergas memberikan
Pengetahuan sambil Berseronok serta
memupuk Persahabatan 

Keseronokkan Sukaneka
Perkhemahan Program Remaja Cergas Siri 1
pada tahun  2005

Peserta Perkhemahan
Program Remaja Cergas  siri 2 2006

Aktiviti Rempuh Halangan
Perkhemahan  Program  Remaja Cergas Siri 3 2006

Makanan Ala survivol
Perkhemahan Program Remaja Cergas Siri 4 2006


Permainan Uji Minda
Perkhemahan Program Remaja Cergas Siri 5 2007

Perkhemahan  Program Remaja Cergas Siri 6 2007


Kembara Program Remaja Cergas siri 16 2007

Sesi Kuliah Kepimpinan 2007
untuk Pelajar IPT

Pelajar IPT Cosmopoint

Perkhemahan Kepimpinan bagi
Peserta IPT Cosmopoint tahun 2007
Perkhemahan Gabungan IPT
Politeknik KK dengan Cosmopoint
bagi sukan Orienteering 2007

Peserta Kembara Remaja Cergas siri 20
pada tahun 2008

Kem Asas Survivol Program Remaja Cergas
siri 1 tahun 2009


Kursus Penggerak Rekreasi Luar Tahap 3
Program Remaja Cergas tahun 2010
Survivol task
Pasukan Hiraki yang akan membuat tinjauan,
kajian keselamatan dan perkhemahan sebelum
menganjurkan perkhemahan yang membawa ramai peserta


Kem Penggerak Sukan Orienteering

Klinik Kraf Perkhemahan

Kem Remaja Cergas Cinta Alam

Kursus Asas Rekreasi Luar
Sekolah S.M. All Saint's
dan
S MK  Inanam
Kembara Program Remaja Cergas
Keterangan
Kiri atas : Perlu jaga Kebersihan tempat Perkhemahan
Kiri Bawah : Kursus Asas Rekreasi Luar Maktab Sabah
Kanan Atas : Rukun Negara wajib di baca setiap Aktiviti
Kanan Bawah : Pengangkutan Rasmi sebelum berkhemah

Kursus Asas Pengenalan Rekreasi Luar
bertempat di Sekolah SM Shan Toa Jalan Tuaran
Kursus Asas Rekreasi Luar di Politeknik Kota Kinabalu, 2011
Kursus Induksi Eksekutif Program Remaja Cergas 2012


Ahli Persatuan Mendaki & Kegiatan Luar Kota Kinabalu Sabah
yang juga Eksekutif  Program Remaja Cergas pada Tahun 2012

Speed Climbing 2011
Tidak sebaik suatu ketika dahulu